Ganti Boss

22 December 2009

Macam biase.dengan rase tak bersalah aku masuk opis lewat hari ni.Hari ni aku habiskan 1 hari suntuk kat dewan di menara SME Bank.ni kes seminar punye pasal.patutnya CEO @ tokey-tokey kilang yang kena pegi.tapi dengan bakat dan kehenseman yang aku ade,aku terpaksa mewakili boss aku.maklumlah die kat labuan tak balik lagi.

Patutnye majlis start pukul 8.30 pagi.tapi sebab aku lambat terima arahan aku pegi lewat dengan takde ape-ape perasaan bersalah.waktu aku sampai tu semua CEO @ tokey-tokey ni tengah brenti rehat.dalam pukul 10.30pagi kot.aku ape lagi.makan free bukan selalu dapat beb.dengan muke tak malu aku ambik makanan ape yang patut.sambil-sambil makan tu ape lagi.cuci mata la skali.ok kat bawah ni masa dan program yang aku join hari ni.

8.30-9.00pagi - kehadiran tetamu dan vvip jemputan.
9.00-9.15pagi - aluan pengerusi majlis dan taklimat(awek cun woh)
9.15-10.15pagi - pembentangan ceramah bertajuk persekitaran berkualiti dan impaknya oleh malaysia productivity corporation.
10.15-10.45pagi - minum pagi dan ketibaan serta kelewatan kehadiran aku.
10.45-11.45pagi - pembentangan ceramah bertajuk mengekalkan persekitaran berkualiti secara berterusan oleh pihak malaysia productivity corporation.(sekali lagi dapat tengok pengerusi yang cun)
11.00-01.00ptg - sesi kongsi pengalaman bersama Dato' mohd sharif, pemilik kepada ASURI BUILDER.beliau adalah diantara jutawan melayu yang kaya dan juga merupakan vendor kepada petronas.
1.00-2.00ptg - makan tengahari dan cuci mata.kesimpulannya : awek-awek yang keje kat menara SME semuanya cantik-cantik.
2.00-3.30ptg - majlis penerimaan sijil persekitaran kilang berkualiti - hanya 30@40 kilang seluruh malaysia je yang layak untuk kali ni.(awek pengerusi majlis kali ni lagi cantik)masa aku naik ambik sijil tu die sempat lagi kenyit mata kat aku.tapi aku biase la berlagak dan jual mahal sebab ganti boss aku.jalan mesti kontrol.kalo aku jatuh masa naik tangga pentas, malu la boss dan company yang aku wakili kan?
3.30-4.00ptg - ucapan(baca teks menunjuk-nunjuk kejayaannya yang ntah ape-ape dengan gaya sesak nafas)dari salah seorang makcik membuatkan aku rase suhu badan turun naik dan rase tak selasa umpama pad yang dipakai telahpun penuh dengan isi.
4.00-4.30ptg - sesi bergambar dan majlis joget-joget serta tiger show.

Read more...

Demam

21 December 2009

Dalam minggu ni aku rase badan aku ni lain macam je.suhu badan ntah ape-ape.sekejap naik.sekejap turun.macam saham yang kat dalam paper tu.tapi yang aku pelik budak opis aku cakap aku demam urat.korang pernah dengar?aku pun tak pernah.ha3

Hari ni keje kat opis tak banyak sangat.lagipon boss aku kat labuan.die balik bile aku tak tau.keje takde.tapi aku bz gak ari ni.pagi-pagi lagi dah sarapan kat pejabat pos.ni kes nak hantar permohonan keje punye pasal.

Balik keje macam biase,aku brenti makan kat kedai siam.pelayan situ cantik2 woh.tapi sayang ari ni dieorang masak tomyam tak kaw plak.terus suhu badan naik mendadak balik.

Sampai je umah,housemate plak buat hal.selipar aku die kebas.hari tu dah hilang sepasang.die memang cari pasal.semua benda nak free.berus gigi je yang die ade.lain-lain semua die rembat barang aku.berus gigi aku kat dalam bilik air tu pon aku risau.takut-takut die ambik guna 1 hari nati.duit sewa die tak bayar lagi tu.tak bayar tau la aku suruh die cari umah lain.keje nak kikis aku je.die ingat aku sayang sangat kat die kot.

Read more...

Buntu

19 December 2009

Salam

Dah lama aku tak update blog ni.maklum la aku bz dengan keje dan lain-lain hal.lame tak on9 macam-macam hal dah jadi dalam hidup aku.pindah rumah pon dah 2 kali pindah.ade yang best.ade yang sedih.aku pon tak tau bile aku boleh hidup aman balik.keje tak tentu masa kuli macam aku ni biase la.keje 9pagi sampai lewat malam tu normal.kadang-kadang keje sampai nampak matahari balik pun aku dah biase rase.bak kata pak gard sunway " ape boleh buat"?aku hanya senyum.

25Hb11 hari tu nenek aku telah kembali ke ramatullah.last jumpa arwah hari raya aidilfitri hari tu.pagi raya aidilfitri die peluk aku sampai aku pun turut serta nagis.masa tu die dah pesan kat aku"jaga diri elok-elok" " mintak maaf,pasni takut dah tak dapat jumpe lagi".skang ape yang die cakap dah betul-betul jadi.rase bersalah memang ade coz aku tak sempat tengok jenazah arwah.walaupun aku jahil agama,arwahlah yang jaga aku dan banyak ajar aku pasal agama.

cuti kematian aku hanya dapat 3 hari je.tu pun kire aku bernasib baik dapat balik kampung.sibuk dengan keje punya pasal biase la.skali dapat duit banyak aku senyum.tapi bile jadi kes macamni takde ape-ape untuk aku senyum.kadang-kadang rase nak cari keje lain gak.tapi buntu.

hari ni ade masa update blog skit.kalo bizi dan penat,aku balik keje terus tido.belum lagi puas tido,SMS @ calling dari boss dan budak-budak opis terus menganggu aku.ape lagi.dieorang kejut aku suruh pegi bekerja la tu.esok ahad.nak keluar teman member dating belum tentu dapat.ade je yang SMS dari boss @ budak-budak opis.perempuan menyampah dengan aku keje macamni.

Kalau boleh aku nak hidup aman macam orang lain.kalau boleh aku nak update blog ni pasal keje aku hari-hari.nak bebas.tapi tak dapat.hobi aku pun ntah kemana.aku robot.di setting hanya untuk buat kerja yang disuruh.

Power Renjis : Budak "tu" dari dulu lagi memang sweet.

Read more...

rahsia as-solat

18 December 2009

Nilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...Salam Maal Hijrah


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Read more...

Nabi Melayu

07 September 2009

Jabatan Agama Islam Selangor mengumumkan wang ganjaran ditawarkan untuk menangkap ketua ajaran sesat, Abdul Kahar Ahmad dinaikkan kepada RM20,000 berbanding RM10,000 sebelum ini.

Power Renjis : Setahu aku Abdul Kahar ada blog http://messengerofgodtoday.blogspot.com untuk menulis pasal pegangannya tu.Persoalan aku skang kenapa kerajaan tak dapat kesan dia melalui blog?Abdul Kahar dan Ayah Pin dah jadi macam Osama dah.Tapi tak jugak dapat di tangkap.Kenapa?

Read more...

Lembu Cucuk Hidung Melayu?

03 September 2009

Pelik betul aku ngan hari ni.Ramai plak yang datang ke blog aku.Yang add aku kat myspace, facebook dan ym pon boleh tahan.Ape hal dengan korang eh?masuk blog aku pon ikut musim gak eh?

Hari ni hari baik katanya kawan aku.Die tak tau aku ngah kering tekak.hehe.Rase nak kluar g beli air kat kedai cina je time2 macamni.ha3.Banyak keje hari ni.Tapi hero biase la kan, 4 jenis keje skali jalan.hehe.

Nyampah gak duk opis ni.Mata dah la ngantuk.Ade plak sorang mamat tu datang.Nak suruh budak opis aku tu wat design untuk die.Datang mintak tolong je tau.Upah tak bagi, nak cepat-cepat plak.Budak opis aku pun satu hal gak.Mudah sangat bagi orang cucuk hidung.Kesian, benda macamni pon tak boleh pikir.Sebelum-sebelum ni dapat upah air kotak 1, Sanggup jadi hamba.Tak ubah macam pempuan, laki ayat sikit dah serah dara!

Read more...

Rindu Nabila

Hujung minggu lepas aku ade packing barang sikit.Nak pindah biasa la kan?kekeke(gelak ala blogger eyka hamasuba).Masa proses campak dan tendang-tendang barang tu, aku terjumpe plak tumb drive lama aku.Dah lama menghilang, tiba-tiba muncul tanpa diundang!

Ape lagi, brenti la packing barang jap kan?on pc dan cucuk tumb drive tu.Banyak jugak file rahsia dalam tu dalam tu.Last skali bukak 1 file terjumpe gambar budak ni.Kekasih hati Power Renjis dulu nih!.ha3.Aku tak tau kenapa dalam 3 4 minggu ni aku asyik ingat kat die ni je.Padahal aku dah contact die awal-awal puasa hari tu.Tapi jadi rindu balik!.Lokasi dan ape-ape berkaitan dengannya dirahsiakan ok.huuiii

Budak ni budak bagus ok.Aku pon tak tau ape sebab aku clash ngan die.Aku tak matang lagi kot time tu!ha3.Nabila ni Pakai kaca mata ala-ala Dieja, Moe Wankers dan Shax.Dieja ni pelik skit.Macam suke berahsia ngan aku.Moe wankers plak sama hobi dan paham ape yang aku suke buat.Shax ni plak budak sengal, lemak-lemak ketam a.k.a minah no entry.hehe.Dieorang punya ayat ni keras skit.Tapi aku tengok dieorang tak kemana pun dengan ayat-ayat keras tu.hehe.Jangan marah ok!

Ada sorang lagi, nanazy.Budak ni cute miut skit tapi ramai orang cakap die sombong!.Mungkin orang yang cakap die sombong tu mata rabun dan takde telinga.Telinga takde nak pakai cermin mata macamana kan?lens je lah.Aku suke cara die etc.4 kali 1 hari aku bukak blog dia.

Read more...

Happy Birthday!

20 August 2009

To all yang wish bufday aku..Power Renjis say Thank You!!!
Facebook
Anfaal Ridhuan - Happy Birthday!
Nadh PJofri - happy birthday. =)
Atifah Khmrrzmn - Samat Ari Tuaa..sorry semalam xwish.aku tertido la pakcik.ngiahaha
Nur Iena - epy besday~!!=D
Ajwin Ajeera - Happy Birthday! May Allah bless you.(:

Myspace
Nadd - cmt ari lhey dr nathz..smg pjg umo n d murhkn rzki...nathz arp, awk idp dgn bhgie d campg y t'cyg n dt pe y awk impikn..cmge impian awk t'cpai..
Mieow Lover - semoga panjang umur...murah rezeki....
Myraa™ - selamat hari jadi.. selamat hari jadi.. selamat hari jadi buat kamu. semuga panjang umur dan selalu bahagia di samping yang tersayang yeah. hidup perlu happy. go go go hadiah tak yah la eh. da besaq panjang takan na hadiah gak kn. ehehe. :D
Adisya - heppy besday to u.heppy besday to u.heppy besday.heppy besday.heppy besday to u.heppy besday to u POWER RENJIS..dh tua la..hehehe

Friendster
A i n ™ - Selamat ulang tahun.MAY ALLAH BLESS U TODAY N ONWARD.

YouthSays
Khailee - Happy birthday! Just wanted to wish you 10 minutes before your actual birthday, because I am Kiasu. Just saying thanks for being a supportive member of YouthSays.

Blogspot
Mie - happie burfday~smoga dimurahkan rezeki dgn memberikan "kegembiraan" dgn lawak2 di c ne...hihi.
Tinie a.k.a ibu Fatin - hepi birthday 2 uhepi birthday 2 uhepi birthday 2 u.wah hari jadi sama dgn bos saya.semoga panjang umur, murah rezeki.
She-G - selamat hari lahir..smoga bertambah kematangan seiring tambah nyer umo..bape umo?hehehe.
Sitisifir10 - Semoga umur diberkati!!! amin..
~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ - happy besday.tros kn cite2 lawak ni.suke bace.b4 diz jd silent reader je.
Naniey - selamat ulang tahun kelahiran..yg ke bape???watever la...hehehe..
Si Aizuddin - happy bday la. ini sja sumbangan yg mampu.
Kajangboy - happy besday bro..smoga panjang umur dan dimurahkn rezeki..thanx sbb menceriakan hari aku..
A a D i I ? - hepi besday power renjis.. =)
Husniyyah Alhusna - eeppi bday n selamat berpose power renjes!~
Cahaya - Happy Birthday. Yucks la lawak tu. ;)
Kimisai - selamat hari lahir teman blogger..semoga berjaya..negh3
Zamdotcom - happy birthday..
DyanaYunus - selamat ulangtahun kelahiran :)dh yg keberapa ni? ;p

Shoubox
Leeza - epi besday!!.
Terra - hepi bestday tu yu ... tu yu.. and tu yuu !!!
NaDDy - hepi bufday~ semoga menjadi yang lebih baik.
Guest - happy bufdat tuan rmah.smoga pnjg umur n dmurahkn rezeki.
Ayien - heppy birthday..power renjis.
Eyk@ - hepi besday 2 you!!!
Noi azakufham - hepi besday
PhotoKidal - Happy birthday!!! Moga-moga berkat ramadhan ni usia akan dpt dimanfaatkan lagi..

Yahoo Messenger
Wan Zuriyana - hepi besday 2 u..
Ink kb - hepi besday.moga pnjg umo n dimurahkan rezeki.cepat dpt jodoh. isteri solehah.
Wawa - selamat hari jadi muga murah rejeki n panjang umur ya.
Anyss Lolipop - aii skandal, he3..camat ai jd,Allah slmtkn kamu.
waida - hepi besday pok cik.
Yuk - hepy belated bufday....huuu

Sms
Beehah - Pkip..happy b'day.haha.tua suda kamo.smoga panjang umur murah rezki.cepat2 kawen.hahaha.god bless u =)
Ninie - Selamat hari lahir.semuga dmurahkan rezki n hepy always.pren 4ever.
Nadia - Hepi buffday.. ;p

Lain-lain kalau takde masuk dalam senarai sorry la k.Thanks A lots.

Read more...

Avenged Sevenfold - A Little Piece Of Heaven

18 August 2009

Read more...

20 Ogos 2009

13 August 2009

Hari ni hari hampeh.Otak banyak pusing.Keje banyak plak tu.Nak kluar makan pun tak sempat.Pukul 1o pagi minum tea tarik mamak secawan kecik.Pukul 5 petang plak baru jumpe bihun sup.Nasik langsung tak sentuh lop.

Aku tak tau ape nak tulis sebenarnya ni.Tapi saje gatal tangan nak menaip.Merapu je taip.Otak macam blurr je.Banyak pikir masalah kot.Huhu.Minggu ni duit ade.Tapi aku tak tau nak wat ape.20hb ogos ni hari jadi aku.20hb ogos gak tarikh untuk lihat anak bulan puasa.Awas kamu budak-budak opis.Korang dapat bonus dan komisen tak kan takde pe untuk aku kot?ha3.Tahun lepas company sponser untuk bufday aku.Tahun ni plak ape cite tuan Hj C.E.O??Tahun lepas boss aku tido lewat.Main SMS bufday ngan aku.Hak3

Ni dah dekat nak puasa.Bulan penuh dengan keberkatan.Puasa nanti ntah la macamane.Dah la aku duduk sorang.Nak sahur lagi.Nak buka puasa lagi.Takut lingkup warung en mazlan je nanti.Huhu.Baju raya belum pikir lagi ok.Tahun ni tak tau kaler ape nak beli.Ade idea?Raye tahun ni meriah kot.Semua balik raye kat kampung.Spupu aku semua cakap nak balik.Last kumpul semua skali ntah raye tahun bile ntah.Masa tu semua kecik-kecik lagi.Hope tahun ni semua dapat balik.Lame dah tak jumpe.Yang dah keje memang kocek bocor la tahun ni.

P/S : Ustaz Asri Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal dunia "Pergi Tak Kembali" - Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman - Al-Fatihah.

Read more...

Ape Motif?

10 August 2009

Salam

Semalam aku dapat email dari seseorang yang tidak dikenali.Aku pun tak tahu siapa pemilik asal email ni.Pada email yang dihantar hanya bertulis ayat yang ringkas sahaja iaitu "ribuan terima kasih diucapkan" dan sekeping gambar disertakan.Aku tak tahu ape motif email tersebut.Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh la baca dan tengok gambar yang disertakan.

Read more...

Air Tin

03 August 2009

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat. Kadi tanye kat pompuan tu...."kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?”

Pompuan tu jawab..."Saya yang mengandungkan anak tu. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. Ah sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni.... Kadi pun tanye si jantan..."Hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya
nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah...sama le kes ni pun. Kan tuan... kan ... kan ?? "

P/S :
1. Jgn samakan isteri macam vending machine.
2. Jgn samakan anak macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' cam duit syiling ... hehehehehhe

Read more...

Jangkaan Anda Memang Silap

19 July 2009

Ni kata-kata dan gambar dari kawan lama aku :

"Selalu orang kata susah nak cari klon yang sama dengan kita...nie antara klon yang di jumpai di Malaysia yang telah aku sahkan dengan pakar kaji gambar bahawa, gambar tersebut ini adalah orang yang berbeza tetapi adalah serupa...perhatikan!!! APA PENDAPAT LU OLANG DAN TUAN PUNYA GAMBAR?"

P/s Power Renjis : Anda mungkin sudah terlajak jauh..undur balik ok?hihi

Read more...

Kisah Handphone Vol1

Kebanyakan dari kita mungkin sudah ramai yang tahu menggunakan handphone.malah makcik-makcik di kampung lebih canggih handphonenya dari aku.mungkin mereka siap main bluetooth lagi.Bayangkan makcik-makcik kat kampung,sambil masak kat dapur sambil layan MP3 kat handpone.sudah maju bukan?

Hari ni aku saja nak kongsi sikit ngan korang.untuk posting kali ni aku just nak kongsi SMS orang-orang yang salah hantar kat handphone aku.Untuk publish post lain kali aku akan kongsi pasal orang yang salah call plak ok.SMS-SMS yang aku terima ni aku saja je simpan kat handphone aku.Pasal boleh wat aku senyum sorang-sorang.ni koleksi SMS sesat tu :

Kat No Celcom :
013-3463*** : Barang dah hantar 1 bag.belum bayar lagi.
power renjis : sapa ni?mungkin silap nombor.

P/s Power Renjis : Bila masa plak aku suruh die pos barang 1 bag kat aku pon tak tau.Mungkin gedik orangnya.hihi.

013-2584*** : Ni no orang tu 013-2100***.dalam pukul 7 pagi call lah dia.dia dah sampai time tu.
Power Renjis : sape ni??
013-2584*** : sorry.silap nombor.

P/s power renjis : Mana dia kutip no aku pon aku tak tau.

019-9121*** : Duit dah bank in ke belum?
power renjis : duit apa?sape ni?

P/s Power Renjis : Sejak bila plak aku jadi bapak die?

019-8828*** : Askum en.saya nak tanya sikit.saya dah banyak kali call.tapi tak pick up
power renjis : wsalam.sape ni?nak tanya ape?takde dapat call pon dari no en.mungkin silap no kot.TQ
019-8828*** : oo ok sorry.mungkin silap.

P/s Power Renjis : Die ingat aku ni kaunter pertanyaan ke ape?

Kat No Maxis :

013-3838*** : Ada perubahan?
Power Renjis : sape ni?perubahan apa?

P/s Power Renjis : Team bola sepak malaysia kalah lagi ngan MU.belum ada perubahan ape-ape lagi. : p

013-3224*** : Ok SMS nama-nama orang tu.
Power Renjis : ??

P/s Power Renjis : Dia ingat aku keje dengan jabatan pendaftaran negara kot.maaf..kalo ko tanya pasal periuk ngan kuali aku tau sikit-sikit.kalo nak tau detail ko tanye je chef wan ataupun jaafar onn.

017-6750*** : Salam en zainal.saya nak tanya berapa kos tambang lori nak pindah barang rumah ke johor baru??dari Maliki Putrajaya.
Power renjis : Maaf anda mungkin silap nombor.TQ

P/s Power Renjis : Sejak bila plak nama aku Zainal dan ada lori untuk disewa nih??try korang bayangkan aku bawak lori minyak petronas.Pastu masa drive aku layan lagu blow me a kiss sambil-sambil hisap rokok suria dan minum air coke.hihi.

Hotlink : RM0. Tawaran istimewa maxis - kedai Ayamas! beli 1 roaster & dapatkan 4 nasi ayam PERCUMA.Tunjukkan SMS ini semasa pembelian.Tamat 31/7.Tertakluk T&S.

P/s : SMS ni aku memang tak reply.Aku terus je ke ayamas.hihi

Pesanan Penaja : Banyak lagi SMS yang aku dapat.Tapi ni aku masukkan sikit je.Penat gak aku nak taip panjang-panjang.Korang pun bukan suka sangat baca posting yang panjang kan??Realiti manusia tak lari dari membuat kesilapan.Harap lepas ni takde lagi yang silap hantar mesej kat handphone aku lagi.Mentang-mentang la no aku cantik.main betik je korang sent mesej kat aku eh?

Read more...

Bola Hitam Dan Bola Putih

16 July 2009

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal.apa tuan tak segan?"

Lantas si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih" Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa.

Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih. Masa berlalu.kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.

Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je.". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.Kalau boleh papa beli lagi k.tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram.

walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2.

Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu.Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu.hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih" Masa berlalu.Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3, 2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih.

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri! Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu.huh.sampai awek anak aku pun tanya.bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?.

Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagi, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya. Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar.

Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik." Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya.tidak berhati hati semasa memandu." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan.

Si bapa cuba menenangkan dia.akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya.Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih" "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.sehingga kamu sering kesepian.maafkan papa, nak.

Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik." Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat. "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU. ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?" (anda semua pun ingin tahu kan?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... "sebabnya....saya....saya.....saya...." Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAM MANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!.Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.


P/S : Sorry aarr.sebab forward ni kat korang. Ye lah.Takkan nak jadi korban sorang-sorang je kan??

Read more...

Mathematical

15 July 2009

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn ' t it?And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 12
1111 x 111 = 1232
11111 x 1111 = 123432
111111 x 11111 = 12345432
1111111 x 111111 = 1234565432
11111111 x 1111111 = 123456765432
111111111 x 11111111 = 12345678765432
1111111111 x 111111111=12345678987654321

Now, takes a look at this...101%
From a strictly mathematical viewpoint:What Equals 100%? What does it mean togive MORE than 100%?Ever wonder about those people who saythey are giving more than 100%?We have all been in situations wheresomeone wants you to GIVE OVER100%.How about ACHIEVING 101%?What equals 100% in life?Here ' s a little mathematical formulathat might help answer thesequestions:
If:A B C D E F G H I J K L M N O P Q R ST U V W X Y Z

Is represented as:1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 1617 18 19 20 21 22 23 24 25 26

If:H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 =98%

And:K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+ 4+7+5 = 96%

But:A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of Godwill take you:L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:While Hard Work and Knowledge will getyou close, and Attitude willget you there, It ' s the Love of Godthat will put you over the top!It ' s up to you if you share thiswith your friends justthe way I did.Have a nice day & Allah bless U!!

Read more...

Akibat Terlalu

12 July 2009

Terlalu LAMA BERDIRI?
Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

Terlalu LAMA DUDUK?
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur.

Terlalu LAMA MELIHAT?
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.

Terlalu BANYAK TIDUR?
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

Terlalu RIANG/GEMBIRA?
Merosakkan usus.

Terlalu KERAP MARAH?
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu BANYAK BERFIKIR?
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas.

Terlalu BANYAK BERSEDIH?
Merosakkan jantung.

Terlalu MERANA?
Merosakkan paru-paru.

Terlalu TAKUT?
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

Terlalu KERAP TERKEJUT?
Merosakkan pundit hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.

Terlalu BANYAK MAKAN?
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ?garam? lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)

Terlalu BANYAK MINUM AIS?
Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.

Terlalu BANYAK MASA LAPANG?
Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup positif.

Read more...

Rahsia Lelaki Melalui Gaya Seluar

10 July 2009

Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

P/S Power Renjis : Betul atau tak lu pikir la sendiri!

Read more...

Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki."Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.

Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.

Read more...

Bibir Wanita

08 July 2009

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!.

Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri

Read more...

Siapa Lebih Gila?

02 July 2009


Sepanjang hayatnya, Michael Jackson bukan setakat mahu menjadi penyanyi terkenal atau popular. Sebaliknya impian sebenarnya adalah mahu setanding dengan populariti kumpulan The Beatles. Dia juga mahu diiktiraf sebagai Raja Muzik dan mengalahkan artis sepanjang zaman, Elvis Presley.

Tidak kira semasa hidup atau mati, Michael masih dibandingkan dengan Elvis. Sedar atau tidak, Michael akhirnya berjaya menyamai Elvis dari sudut baik dan buruk. Mencipta revolusi muzik dan fenomena pada era masing-masing, kedua-dua bintang itu turut meninggal dunia dalam keadaan tragis pada usia yang muda.

Kematian Michael pada usia 50 tahun tidak menghairankan tetapi mengejutkan dunia. Hanya selepas 32 tahun kematian Elvis, seorang lagi 'raja' meninggal dunia. Dipisahkan oleh generasi berbeza, mereka memiliki banyak persamaan.

Seorang merupakan Raja Pop dan seorang pula Raja Rock n Roll. Kedua-duanya memberi impak mendalam terhadap industri muzik global, bergelut dengan imej sendiri, kegagalan hubungan cinta serta masalah kesihatan. Berbakat pada tahap tiada tandingan, mereka juga dilabelkan sebagai genius seni 'gila'.

Elvis yang meninggal dunia pada usia 42 tahun menguasai era muzik tahun 1950-an dan Michael menjajah era 80-an. Elvis mengejutkan khalayak dengan tarian pinggulnya dan Michael memukau dengan gerak tarinya yang dipanggil, Moonwalk. Apabila Elvis meninggal pada tahun 1977, Michael memulakan penjajahan dan dia kemudian menukar populariti genre Elvis sepenuhnya.

Michael telah membuka sempadan muzik tanpa mengira kaum terutama warna kulit. Malah mengikut penyelidikan ramai, muzik Michael sebenarnya telah mengatasi empayar yang dibina Elvis. Jika diikutkan sejak kematian Elvis, belum ada lagi kematian legenda muzik yang berjaya menyentuh hati peminat muzik seluruh dunia sehingga hari ini.

Bekas isteri Michael yang juga merupakan anak tunggal Elvis, Lisa Marie Presley memberitahu pada Jumaat lalu bahawa bintang pop itu merupakan seorang yang memiliki jiwa yang terseksa.

Apa yang mengejutkan, menurut Lisa juga, Michael pernah meramalkan hayatnya akan mempunyai kesudahan seperti Elvis.

Menulis dalam blog laman sosial, MySpace, Lisa menyatakan hubungannya dengan Michael bukan dirancang seperti yang dihebohkan media, tetapi mereka berpisah kerana dia tidak dapat menyelamatkan Michael daripada perangai yang memusnahkan diri sendiri.

Malah, Lisa dan Michael pernah bercerita mengenai kematian Elvis dan Lisa terkejut dengan reaksi Michael.

"Pada suatu ketika, Michael terhenti dan memandang tajam ke arah saya. Dia kemudian memberitahu, 'Saya takut saya akan menerima kesudahan seperti dia (Elvis)'."
Lisa juga menulis bahawa dia cuba untuk menghalang Michael daripada berfikir sedemikian tetapi lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya seperti sudah mengetahui apa yang akan berlaku dan tidak mahu dipujuk.

"Menyaksikan berita yang memaparkan senario yang sama berlaku pada 16 Ogos, 1977 dan kini bertukar fokus kepada Michael (satu pandangan yang saya tidak mahu lihat sekali lagi) seperti mana diramalkan oleh dia," ujar Lisa.

Elvis memasuki dunia nyanyian lebih lambat berbanding Michael yang memulakan karier sejak kecil. Populariti di seluruh dunia telah menyekat mereka berdua daripada menjalani hidup normal.

Dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak pada tahun 1993, Michael sejak itu menimbulkan perasaan benci dan meluat orang ramai terhadapnya. Dia dianggap manusia pelik dan psiko. Sementara itu, Elvis pula dipuja sebagai insan ternama dunia.

Michael diakui telah memusnahkan dirinya sendiri dan 'mungkin' pernah melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak (tetapi telah disabitkan tidak bersalah di mahkamah) dan menghayun anak ketiganya di balkoni.

Namun, Elvis sebenarnya turut mengharungi hidup yang 'gelap' seperti Michael. Tetapi mengapa Elvis tidak dipanggil gila atau begitu dibenci? Mungkin ketika era kegemilangan Elvis, media elektronik belum lagi berkembang pesat. Maka, ramai sebenarnya tidak mengetahui kisah-kisah hodoh Elvis.

Michael pula hidup dalam dunia siber yang sering kali menokok tambah kebenaran sesebuah cerita. Elvis sebenarnya juga dikatakan pernah melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak. Dalam satu laporan media, Elvis dikatakan meniduri bekas isterinya, Priscilla ketika wanita itu berusia 14 tahun. Bukankah itu juga satu kesalahan untuk mengadakan hubungan dengan gadis bawah umur?

Walaupun selepas itu, Priscilla menegaskan bahawa dia dan Elvis hanya tidur bersama selepas berusia 18 tahun, kebenaran hanya diketahui mereka berdua. Elvis yang sentiasa khayal dengan dadah juga dilihat membahayakan diri dan pernah dikatakan cuba untuk membunuh bekas isterinya itu selain membahayakan Lisa.

Elvis juga obses terhadap gadis yang masih memiliki dara dan mempunyai minat melampau terhadap wanita yang telah melahirkan anak. Bukankah itu juga satu sikap tidak normal? Michael ada melakukan pembedahan plastik yang telah merosakkan wajahnya. Elvis juga pernah menjalankan proses penegangan kulit muka. Tiada bezanya.

Mungkin disebabkan Elvis telah lama meninggal maka semua orang mula lupa akan insiden buruk yang berlaku sepanjang hidupnya. Maka, diharap 'keburukan' Michael turut sama berkubur saat dia meninggal dan semua kejayaan akan terus menyinar.

"Ia sangat pelik. Michael pernah mengahwini anak perempuan Elvis," kata pengkritik muzik, Greil Marcus yang menulis tentang Elvis dalam bukunya, Mystery Train.

Mungkin disebabkan mahu 'meningkatkan' lagi taraf populariti dirinya, Michael berkahwin anak perempuan Elvis, Lisa. Dia juga membeli hak cipta untuk beberapa buah lagu Elvis.

Elvis memiliki Graceland, yang menjadi simbol kepadanya sepanjang hayatnya. Michael memiliki Neverland, satu taman tema fantasi serta kediaman yang dibinanya dengan harapan dia hidup dalam dunia sendiri.

Dalam memoir berjudul, Moon Walk yang diterbitkan pada tahun 1988, Michael menegaskan bahawa Elvis tidak penting dalam hidupnya terutama semasa dia sedang membesar. Malah, dia tidak gembira apabila mengetahui lagunya yang dirakamkan bersama empat orang abangnya, Heartbreak Hotel berkongsi judul sama dengan lagu popular Elvis.

"Saya bersumpah lirik-lirik itu datang secara natural dan semasa saya menulisnya, saya tidak memikirkan lagu lain. Maka, syarikat rakaman saya mencetaknya sebagai This Place Hotel kerana Elvis. Tidak kira betapa pentingnya nilai dia terhadap muzik tidak kira kulit putih atau hitam, dia (Elvis) tidak memberi sebarang pengaruh kepada saya.

"Semasa saya mula popular, ramai yang berpendapat bahawa saya akan menerima nasib sepertinya. Tapi saya rasa dia melalui hidup yang berbeza dengan saya. Tapi cara Elvis memusnahkan dirinya menarik perhatian saya kerana saya tidak mahu melalui fasa hidup yang sama," kata Michael.

Apa yang tertulis dalam memoir itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Michael turut mati dengan tragis yang banyak faktornya dikira akibat perbuatan sendiri (walaupun laporan perubatan sah belum dikeluarkan).
Kedua-dua Elvis dan Michael turut mempunyai masalah kewangan. Namun, masalah itu lebih menghantui Michael yang dikelilingi hutang. Berbelanja secara mewah walaupun sudah lebih sedekad tidak aktif, gaya hidup Michael itu yang menjadi punca dia terpaksa menjual Neverland.

Sama seperti Michael, Elvis juga tidak muncul dengan album baru untuk beberapa tahun sebelum dia meninggal. Hanya bergantung kepada duit royaliti dan membuat persembahan di Las Vegas, kematiannya telah menjana keuntungan yang menimbulkan fenomena.

Estet Elvis yang dianggarkan bernilai AS$4.9 juta (RM17.15 juta) ketika dia meninggal. Pada tahun 2005, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Robert F.X. Sillerman telah membayar AS$100 juta (RM350 juta) untuk mendapatkan 85 peratus daripada estet di Graceland dengan hak milik sepanjang 90 tahun sahaja. Kesemua harta Elvis diwarisi oleh Lisa.

Dijangkakan estet Michael mungkin bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion). Selain itu, Michael memiliki separuh daripada aset Sony/ATV Music Publishing, barangan kemas bernilai AS$2 bilion (RM7 bilion), 750,000 katalog lagu termasuk lagu The Beatles, Bob Dylan, Neil Diamond, Lady Gaga dan Jonas Brothers.

"Michael mungkin sudah 'menyembunyikan' sedikit daripada hartanya untuk masa depan ketiga-tiga orang anaknya, Michael Joseph Jackson Jr. (Prince Michael), 12 Paris Michael Katherine Jackson, 11 dan Prince Michael II, 7," kata satu sumber.

Sementara itu, kematian Michael telah meningkatkan jualan lagu terutama jumlah muat turun. Senario yang sama juga berlaku ketika kematian Elvis. Pada tahun 2007, barangan yang menggunakan Elvis sebagai jenama telah menjana keuntungan sebanyak AS$52 juta (RM182 juta) mengalahkan keuntungan yang dibuat Justin Timberlake dan Madonna.

Justeru, pewaris Michael juga boleh meneroka cara membuat keuntungan seperti Elvis dengan menghasilkan kemeja-T, album kompilasi lagu-lagu yang belum diterbitkan (dilaporkan Michael mempunyai lebih 100 lagu yang belum diterbitkan) atau menjalankan pementasan berdasarkan lagu-lagunya.

Berdasarkan fenomena yang dicipta kedua-dua ikon muzik itu, maka tidak hairan jika media terutama menerusi medium komputer telah membicarakan satu tajuk sama iaitu perbandingan antara dua bintang tersohor itu. Siapa lebih hebat? Itu menjadi topik perbincangan mereka.

Namun, perlukah Michael dan Elvis dijadikan perbandingan? Elvis meninggal lapan tahun lebih awal berbanding usia Michael. Tetapi mereka berduanya sebenarnya sudah lama 'mati' dari segi jiwa dan artistik. Moralnya, semakin anda berjaya dan menikmatinya, lebih banyak godaan yang anda tidak dapat tolak.

Bagi kedua-dua bintang itu, ia bukan sahaja mengenai dadah. Tekanan, populariti, kemasyhuran dan obsesi tidak dinafikan telah memusnahkan hidup kedua-dua bintang terunggul dunia. Namun, rasanya kematian telah menjadikan mereka berdua lebih megah berbanding hayat mereka.

Read more...

Surat Terbuka Ayah Pin Kepada Semua

29 June 2009

(Maaf Lama Tak Online..Line Internet Di Langit Ada Gangguan celcom broadband)

LANGIT 26 JUN: Ayah Pin disini sihat-sihat saja, Saya Ketua Kerajaan Langit hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan Menteri Besar Kelantanese, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa Kerajaan Langit bekerjasama dengan UMNO.

Ayah Pin mengeluarkan kenyataan maggie cup segera ini kepada semua blogger(termasuk budak2 myspace dan friendster),ketua pengarang(termasuk semua ahli keluarga beliau), ketua jabatan(termasuk semua petugas cawangan trafik bukit aman) dan panglima darat(hanya beliau seorang yang terlibat) melalui kementerian teknologi komunikasi yang di faks kepada semua media dari langit sebentar tadi.Dalam masa yang sama, Ayah Pin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang peguam hak asasi manusia yang mempunyai hubungan dengan seorang pengikut saya kerana berkhidmat dengan cemerlang pada tahun ini.

Ayah Pin yang telah menghilangkan diri untuk naik ke langit menuduh semua parti politik adalah jahat kerana menafikan hak asasi kebebasan rejim saya untuk menyembah tekoh teh. semua parti politik yang memusnahkan Kerajaan Langit di Besut akan menerima padah.

Kerajaan Langit sedia memaafkan kesalahan kenyataan Nik Aziz dan sedia memberi sokongan kepada semua calon parti di Manek Urai. Sebanyak 1,000 kotak uncang teh Boh Tea telah dihantar dari langit untuk kegunaan petugas-petugas kempen pilihanraya di manik urai.Akhir sekali ayah ucapkan ribuan terima kasih.Jaga diri elok-elok tau.

"KAWIN 4 LAGI TEGUH,KERAJAAN LANGIT TAK AKAN RUNTUH"

Yang Benar,
Ayah Pin
Ketua Kerajaan Langit
26/6/09(waktu bumi)
Langit Ketujuh Belas.

Read more...

Michael Jackson Is Dead

27 June 2009

Salam

Dah lama tak buat entry di blog ni.Minggu ni aku agak sibuk sikit dengan keje.Dalam minggu ni jugak macam-macam benda pelik yang berlaku kat dunia ni.Antara yang paling mendapat perhatian dunia ialah pasal pilihanraya di Iran.Seluruh media negara barat mempertikaikan dan memperlekehkan proses pilihanraya di Iran.Apepun aku tak nak story sangat pasal pilihanraya Iran tu.Pasal isu ni pon dah makin reda sikit.

Aku cuma tertarik pasal kematian "Raja Pop dunia" dan kenyataan abang Michael Jackson yang disiarkan di youtube melalui berbagai siaran tv.Abang Michael Jackson adalah seorang yang beragama islam.Beliau bernama Jermaine Jackson dan memeluk islam pada tahun 1989.Ape yang menarik dikatakannya ialah "May Allah be with you Michael".

Sebelum ini Michael Jackson dilaporkan memeluk islam dengan munggunakan nama malaikat "Mikael"(pemberi rezeki).Beliau mengucap syahadah memeluk islam dirumah rakannya di Los Angeles,Califonia.

Setakat ini, aku belum terbaca lagi satu berita pun dari media barat berhubung dengan status agama yang dianuti Michael Jackson.Upacara bedah siasat sedang dijalankan dan upacara pengebumian akan disempurnakan dalam masa terdekat.Jika benar dakwaan beliau memeluk islam sebelum ini,perbagai soalan harus dijawab masyarakat dunia.

Rakaman penuh temubual CNN bersama abang Michael Jackson setakat ini belum disiarkan lagi.Mungkin ramai dari kalangan kita sedang hangat membincangkan status agama dan cara pengkebumian yang perlu dilakukan terhadap "Raja Pop" ini.

Pengkebumian "Raja Pop" ini dijangka menjadi majlis pengkebumian yang terbesar dihadiri oleh manusia berbanding pengkebumian Elvis Presly dan Puteri Daina.Micheal Jackson adalah artis digilai ramai remaja serta beliau banyak mendapat anugerah dan penuh dengan perbagai kontroversi.

Apepun kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Read more...

Alahai Kerbau

22 June 2009

Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot. Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu.Kerbau kerbaulah juga.di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal. -Kulupsakah

P/s Power Renjis :
Kalau aku jadi kerbau tu aku boikot tak pegi keje je dengan tuan die tu.Takpun aku wat mogok lapar untuk seminggu.Apepun tu lumrah kehidupan binatang.kite cucuk hidung die boleh!.Tariknya pergi ke sungai boleh!.Tapi untuk paksa die minum air tidak boleh sama skali ok!

Read more...

Ultraman Terengganu

21 June 2009


Mungkin ni la sebab dan penyebab stadium kebanggaan rakyat terengganu runtuh.Ultraman ni gaduh pon aku tak tau pasal ape..awal pagi plak tu dieorang gaduh.orang sibuk nak g keje,boleh plak dieorang wat keje tak senonoh ni.mungkin sebab lapar tak sarapan pagi ataupun mungkin jugak gaduh sebab berebut makanan.ultraman pon satu hal.tak bertamadun dan tak berkarisma.bergaduh macam budak-budak.hasil dari pergaduhan ini jugak menyebabkan kerugian puluhan jutaan ringgit..sekarang siapa yang akan bertangungjawab?ultraman ke raksasa?raksasa mane ade duit cash.ultraman pun dah lama tak dapat gaji dan elaun..skim insuran dan ansuran bulanan kete pon dah lama ultraman tak bayar.apepun tahniah untuk rakyat terengganu.sejarah ultraman telah tercipta di negeri kalian.

Read more...

Betul Ke Video Ni?

13 June 2009





Read more...

Selamat Hari Guru

17 May 2009

Kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya yang melayari blog.Selamat hari guru diucapkan.Semoga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan beramal.

Ulang tayang lawak hari guru : http://lawaktoday.blogspot.com/

Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, cikgu lina. Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah. Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina. Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu. Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah. Dengan tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa.. "Hmmmm.....masam....ha....cikgu tau dah...kamu hadiahkan ccikgu jaruk mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya... "Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah.

Read more...

3 Tahun Bersama

10 May 2009

Read more...

CLICKS HERE - ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

PASUKAN PEMERHATI SIMPANAN POWER RENJIS

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP