Michael Jackson Is Dead

27 June 2009

Salam

Dah lama tak buat entry di blog ni.Minggu ni aku agak sibuk sikit dengan keje.Dalam minggu ni jugak macam-macam benda pelik yang berlaku kat dunia ni.Antara yang paling mendapat perhatian dunia ialah pasal pilihanraya di Iran.Seluruh media negara barat mempertikaikan dan memperlekehkan proses pilihanraya di Iran.Apepun aku tak nak story sangat pasal pilihanraya Iran tu.Pasal isu ni pon dah makin reda sikit.

Aku cuma tertarik pasal kematian "Raja Pop dunia" dan kenyataan abang Michael Jackson yang disiarkan di youtube melalui berbagai siaran tv.Abang Michael Jackson adalah seorang yang beragama islam.Beliau bernama Jermaine Jackson dan memeluk islam pada tahun 1989.Ape yang menarik dikatakannya ialah "May Allah be with you Michael".

Sebelum ini Michael Jackson dilaporkan memeluk islam dengan munggunakan nama malaikat "Mikael"(pemberi rezeki).Beliau mengucap syahadah memeluk islam dirumah rakannya di Los Angeles,Califonia.

Setakat ini, aku belum terbaca lagi satu berita pun dari media barat berhubung dengan status agama yang dianuti Michael Jackson.Upacara bedah siasat sedang dijalankan dan upacara pengebumian akan disempurnakan dalam masa terdekat.Jika benar dakwaan beliau memeluk islam sebelum ini,perbagai soalan harus dijawab masyarakat dunia.

Rakaman penuh temubual CNN bersama abang Michael Jackson setakat ini belum disiarkan lagi.Mungkin ramai dari kalangan kita sedang hangat membincangkan status agama dan cara pengkebumian yang perlu dilakukan terhadap "Raja Pop" ini.

Pengkebumian "Raja Pop" ini dijangka menjadi majlis pengkebumian yang terbesar dihadiri oleh manusia berbanding pengkebumian Elvis Presly dan Puteri Daina.Micheal Jackson adalah artis digilai ramai remaja serta beliau banyak mendapat anugerah dan penuh dengan perbagai kontroversi.

Apepun kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Read more...

Alahai Kerbau

22 June 2009

Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot. Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu.Kerbau kerbaulah juga.di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal. -Kulupsakah

P/s Power Renjis :
Kalau aku jadi kerbau tu aku boikot tak pegi keje je dengan tuan die tu.Takpun aku wat mogok lapar untuk seminggu.Apepun tu lumrah kehidupan binatang.kite cucuk hidung die boleh!.Tariknya pergi ke sungai boleh!.Tapi untuk paksa die minum air tidak boleh sama skali ok!

Read more...

Ultraman Terengganu

21 June 2009


Mungkin ni la sebab dan penyebab stadium kebanggaan rakyat terengganu runtuh.Ultraman ni gaduh pon aku tak tau pasal ape..awal pagi plak tu dieorang gaduh.orang sibuk nak g keje,boleh plak dieorang wat keje tak senonoh ni.mungkin sebab lapar tak sarapan pagi ataupun mungkin jugak gaduh sebab berebut makanan.ultraman pon satu hal.tak bertamadun dan tak berkarisma.bergaduh macam budak-budak.hasil dari pergaduhan ini jugak menyebabkan kerugian puluhan jutaan ringgit..sekarang siapa yang akan bertangungjawab?ultraman ke raksasa?raksasa mane ade duit cash.ultraman pun dah lama tak dapat gaji dan elaun..skim insuran dan ansuran bulanan kete pon dah lama ultraman tak bayar.apepun tahniah untuk rakyat terengganu.sejarah ultraman telah tercipta di negeri kalian.

Read more...

CLICKS HERE - ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

PASUKAN PEMERHATI SIMPANAN POWER RENJIS

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP