Michael Jackson Is Dead

27 June 2009

Salam

Dah lama tak buat entry di blog ni.Minggu ni aku agak sibuk sikit dengan keje.Dalam minggu ni jugak macam-macam benda pelik yang berlaku kat dunia ni.Antara yang paling mendapat perhatian dunia ialah pasal pilihanraya di Iran.Seluruh media negara barat mempertikaikan dan memperlekehkan proses pilihanraya di Iran.Apepun aku tak nak story sangat pasal pilihanraya Iran tu.Pasal isu ni pon dah makin reda sikit.

Aku cuma tertarik pasal kematian "Raja Pop dunia" dan kenyataan abang Michael Jackson yang disiarkan di youtube melalui berbagai siaran tv.Abang Michael Jackson adalah seorang yang beragama islam.Beliau bernama Jermaine Jackson dan memeluk islam pada tahun 1989.Ape yang menarik dikatakannya ialah "May Allah be with you Michael".

Sebelum ini Michael Jackson dilaporkan memeluk islam dengan munggunakan nama malaikat "Mikael"(pemberi rezeki).Beliau mengucap syahadah memeluk islam dirumah rakannya di Los Angeles,Califonia.

Setakat ini, aku belum terbaca lagi satu berita pun dari media barat berhubung dengan status agama yang dianuti Michael Jackson.Upacara bedah siasat sedang dijalankan dan upacara pengebumian akan disempurnakan dalam masa terdekat.Jika benar dakwaan beliau memeluk islam sebelum ini,perbagai soalan harus dijawab masyarakat dunia.

Rakaman penuh temubual CNN bersama abang Michael Jackson setakat ini belum disiarkan lagi.Mungkin ramai dari kalangan kita sedang hangat membincangkan status agama dan cara pengkebumian yang perlu dilakukan terhadap "Raja Pop" ini.

Pengkebumian "Raja Pop" ini dijangka menjadi majlis pengkebumian yang terbesar dihadiri oleh manusia berbanding pengkebumian Elvis Presly dan Puteri Daina.Micheal Jackson adalah artis digilai ramai remaja serta beliau banyak mendapat anugerah dan penuh dengan perbagai kontroversi.

Apepun kita tunggu perkembangan selanjutnya.

2 comments:

.ain.™ 28 June, 2009  

nti klu dh tahu psl kebumian dio.. royat dess,,

Power Renjis 28 June, 2009  

ok boss..wait n see :p

CLICKS HERE - ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

PASUKAN PEMERHATI SIMPANAN POWER RENJIS

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP