Surat Terbuka Ayah Pin Kepada Semua

29 June 2009

(Maaf Lama Tak Online..Line Internet Di Langit Ada Gangguan celcom broadband)

LANGIT 26 JUN: Ayah Pin disini sihat-sihat saja, Saya Ketua Kerajaan Langit hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan Menteri Besar Kelantanese, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa Kerajaan Langit bekerjasama dengan UMNO.

Ayah Pin mengeluarkan kenyataan maggie cup segera ini kepada semua blogger(termasuk budak2 myspace dan friendster),ketua pengarang(termasuk semua ahli keluarga beliau), ketua jabatan(termasuk semua petugas cawangan trafik bukit aman) dan panglima darat(hanya beliau seorang yang terlibat) melalui kementerian teknologi komunikasi yang di faks kepada semua media dari langit sebentar tadi.Dalam masa yang sama, Ayah Pin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang peguam hak asasi manusia yang mempunyai hubungan dengan seorang pengikut saya kerana berkhidmat dengan cemerlang pada tahun ini.

Ayah Pin yang telah menghilangkan diri untuk naik ke langit menuduh semua parti politik adalah jahat kerana menafikan hak asasi kebebasan rejim saya untuk menyembah tekoh teh. semua parti politik yang memusnahkan Kerajaan Langit di Besut akan menerima padah.

Kerajaan Langit sedia memaafkan kesalahan kenyataan Nik Aziz dan sedia memberi sokongan kepada semua calon parti di Manek Urai. Sebanyak 1,000 kotak uncang teh Boh Tea telah dihantar dari langit untuk kegunaan petugas-petugas kempen pilihanraya di manik urai.Akhir sekali ayah ucapkan ribuan terima kasih.Jaga diri elok-elok tau.

"KAWIN 4 LAGI TEGUH,KERAJAAN LANGIT TAK AKAN RUNTUH"

Yang Benar,
Ayah Pin
Ketua Kerajaan Langit
26/6/09(waktu bumi)
Langit Ketujuh Belas.

0 comments:

CLICKS HERE - ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

PASUKAN PEMERHATI SIMPANAN POWER RENJIS

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP