Jangkaan Anda Memang Silap

19 July 2009

Ni kata-kata dan gambar dari kawan lama aku :

"Selalu orang kata susah nak cari klon yang sama dengan kita...nie antara klon yang di jumpai di Malaysia yang telah aku sahkan dengan pakar kaji gambar bahawa, gambar tersebut ini adalah orang yang berbeza tetapi adalah serupa...perhatikan!!! APA PENDAPAT LU OLANG DAN TUAN PUNYA GAMBAR?"

P/s Power Renjis : Anda mungkin sudah terlajak jauh..undur balik ok?hihi

Read more...

Kisah Handphone Vol1

Kebanyakan dari kita mungkin sudah ramai yang tahu menggunakan handphone.malah makcik-makcik di kampung lebih canggih handphonenya dari aku.mungkin mereka siap main bluetooth lagi.Bayangkan makcik-makcik kat kampung,sambil masak kat dapur sambil layan MP3 kat handpone.sudah maju bukan?

Hari ni aku saja nak kongsi sikit ngan korang.untuk posting kali ni aku just nak kongsi SMS orang-orang yang salah hantar kat handphone aku.Untuk publish post lain kali aku akan kongsi pasal orang yang salah call plak ok.SMS-SMS yang aku terima ni aku saja je simpan kat handphone aku.Pasal boleh wat aku senyum sorang-sorang.ni koleksi SMS sesat tu :

Kat No Celcom :
013-3463*** : Barang dah hantar 1 bag.belum bayar lagi.
power renjis : sapa ni?mungkin silap nombor.

P/s Power Renjis : Bila masa plak aku suruh die pos barang 1 bag kat aku pon tak tau.Mungkin gedik orangnya.hihi.

013-2584*** : Ni no orang tu 013-2100***.dalam pukul 7 pagi call lah dia.dia dah sampai time tu.
Power Renjis : sape ni??
013-2584*** : sorry.silap nombor.

P/s power renjis : Mana dia kutip no aku pon aku tak tau.

019-9121*** : Duit dah bank in ke belum?
power renjis : duit apa?sape ni?

P/s Power Renjis : Sejak bila plak aku jadi bapak die?

019-8828*** : Askum en.saya nak tanya sikit.saya dah banyak kali call.tapi tak pick up
power renjis : wsalam.sape ni?nak tanya ape?takde dapat call pon dari no en.mungkin silap no kot.TQ
019-8828*** : oo ok sorry.mungkin silap.

P/s Power Renjis : Die ingat aku ni kaunter pertanyaan ke ape?

Kat No Maxis :

013-3838*** : Ada perubahan?
Power Renjis : sape ni?perubahan apa?

P/s Power Renjis : Team bola sepak malaysia kalah lagi ngan MU.belum ada perubahan ape-ape lagi. : p

013-3224*** : Ok SMS nama-nama orang tu.
Power Renjis : ??

P/s Power Renjis : Dia ingat aku keje dengan jabatan pendaftaran negara kot.maaf..kalo ko tanya pasal periuk ngan kuali aku tau sikit-sikit.kalo nak tau detail ko tanye je chef wan ataupun jaafar onn.

017-6750*** : Salam en zainal.saya nak tanya berapa kos tambang lori nak pindah barang rumah ke johor baru??dari Maliki Putrajaya.
Power renjis : Maaf anda mungkin silap nombor.TQ

P/s Power Renjis : Sejak bila plak nama aku Zainal dan ada lori untuk disewa nih??try korang bayangkan aku bawak lori minyak petronas.Pastu masa drive aku layan lagu blow me a kiss sambil-sambil hisap rokok suria dan minum air coke.hihi.

Hotlink : RM0. Tawaran istimewa maxis - kedai Ayamas! beli 1 roaster & dapatkan 4 nasi ayam PERCUMA.Tunjukkan SMS ini semasa pembelian.Tamat 31/7.Tertakluk T&S.

P/s : SMS ni aku memang tak reply.Aku terus je ke ayamas.hihi

Pesanan Penaja : Banyak lagi SMS yang aku dapat.Tapi ni aku masukkan sikit je.Penat gak aku nak taip panjang-panjang.Korang pun bukan suka sangat baca posting yang panjang kan??Realiti manusia tak lari dari membuat kesilapan.Harap lepas ni takde lagi yang silap hantar mesej kat handphone aku lagi.Mentang-mentang la no aku cantik.main betik je korang sent mesej kat aku eh?

Read more...

CLICKS HERE - ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

PASUKAN PEMERHATI SIMPANAN POWER RENJIS

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP